Saturday, July 12, 2008

Melancong

Pada setiap cuti sekolah bulan Jun, saya dan keluarga akan pergi melancong. Melancong adalah suatu kegiatan yang amat saya gemari. Dengan pergi melancong, saya dapat melihat keadaan sesebuah negeri dan saya juga dapat mempelajari budaya mereka.
Melancong ke luar negara dapat menenangkan fikiran saya dan juga ianya dapat mengeratkan lagi kemesraan diantara saya dan keluarga. Tempat-tempat yang telah saya kunjungi ialah Melaka, Genting Highlands, Kuala Lumpur, Pulau Langkawi dan Pulau Penang. Saya dan keluarga pergi melancong dengan mengikuti rombongan dari 'Five Stars Tours'. Biarpun, saya dan keluarga perlu mengeluarkan belanja yang lebih sedikit sewaktu kami pergi melancong, namun kami berasa selesa dan berpuas hati.
Jika saya dan keluarga dilimpahkan rezeki yang lebih sedikit, pada tahun hadapan saya dan keluarga bercadang untuk pergi ke Bangkok.Saya amat gembira apabila mendengar berita itu.Saya berharap impian saya ini akan menjadi suatu realiti.

Jenama Kegemaran Saya

Apakah jenama kegemaran anda? Di sini saya ingin berkongsi bersama anda mengenai jenama kegemaran saya. Nike adalah jenama kegemaran saya. Saya memilih jenama Nike kerana kualitinya amat baik dan pengeluaran produk-produknya amat menarik.
Setiap kali Nike mengeluarkan produk-produknya yang terbaru, saya pasti tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkannya. Sejauh ini, saya telahpun mempunyai beberapa pasang kasut, kemeja-T, beg dan jam tangan berjenama Nike.
Pada pendapat saya, jenama Nike adalah jenama yang terbaik. Oleh itu, saya akan terus mendapatkan koleksi-koleksi Nike yang terbaru.

Friday, July 11, 2008

Menabung Wang

Kegiatan yang amat saya gemari ialah menabung dari lebihan saki-baki wang saku sekolah saya. Tiap-tiap hari, saya akan pastikan untuk menabung sekurang-kurangnya 50 sen sehari. Menabung telah menjadi suatu kemestian di dalam diri saya kerana ianya telah saya amalkan semasa saya mula berada di dalam darjah satu.
Wang yang telah dikumpulkan itu akan saya masukkan ke dalam bank. Adakalanya, wang yang telah dikumpulkan itu akan saya gunakan untuk membeli buku-buku cerita yang menjadi kegemaran saya.
Bagi diri saya, menabung itu amat perlu kerana ianya dapat membantu saya di waktu kesempitan wang.

Permainan Bolasepak

Bermain bola sepak ialah sukan kegemaran saya. Pada waktu lapang, saya dan bapa saya akan bermain bola sepak di padang yang berdekatan dengan rumah kami. Saya suka bermain bola sepak kerana ia adalah sejenis sukan yang menarik dan ia juga boleh mencergaskan tubuh badan kita.
Apabila saya sudah dewasa kelak, saya ingin menjadi seorang pemain bola sepak yang handal dan profesional seperti Fandi Ahmad, Christiano Ronaldo, Wayne Rooney dan juga Didier Drogba.
Walaupun minat saya terhadap bola sepak begitu mendalam, namun saya tidak akan mengabaikan tanggungjawab saya terhadap pelajaran. Harap-harap, impian saya untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang profesional dan handal akan menjadi satu kenyataan.

Wednesday, July 9, 2008

Mengumpul 'Fridge Magnet'

Tahukah anda apa itu 'fridge magnet'? 'Fridge magnet' adalah sejenis besi berani yang dilekatkan di peti ais untuk dijadikan hiasan. Saya gemar mengumpul 'fridge magnet' kerana ia nampak menarik dan mempunyai berbagai-bagai corak. Saya mempunyai beberapa buah 'fridge magnet' yang telah saya kumpulkan untuk menghiasi peti ais saya itu.
Saya telah mendapatkan 'fridge magnet' tersebut ketika saya pergi melancong ke luar negeri dan untuk dijadikan sebagai tanda mata. Sejauh ini, saya telah dapat mengumpulkan beberapa buah 'fridge magnet' dari negara-negara yang berasingan seperti Singapura, Malaysia, Philipina, Thailand, Taiwan,Korea dan Australia.
Apabila teman-teman saya bercadang untuk pergi melancong ke destinasi yang belum pernah saya kunjungi, mereka akan membelikan saya beberapa 'fridge magnet' untuk dijadikan sebagai cenderahati. Saya akan berusaha mendapatkan 'fridge magnet' yang terbaru untuk menghiasi peti ais di rumah saya.

Sunday, July 6, 2008

Menikmati Makanan Kegemaran Saya



Nasi ayam, spaghetti dan fish n chips adalah makanan kegemaran saya. Saya gemar menikmati makanan tersebut kerana ianya sungguh enak sekali. Apabila saya berada di luar rumah, saya akan pastikan untuk membeli salah satu daripada makanan kegemaran saya pada waktu makan tengahari ataupun makan malam.
Untuk mendapatkan nasi ayam, spaghetti dan fish n chips yang terbaik, saya akan mencuba makanan kegemaran saya ini di beberapa buah restoran-restoran yang berada di Singapura.
Walaupun makanan kegemaran saya ini bukanlah makanan yang seimbang bagi diet saya, namun saya akan tetap terus menikmatinya.

Mengumpul Patung-Patung Ahli Gusti


Anda gemar menonton perlawanan gusti (wrestling)? Begitu juga dengan diri saya. Saya amat gemar menonton perlawanan gusti sehingga saya telah mengumpulkan beberapa patung-patung ahli gusti (wrestler) yang saya kenali dan minati. Sejauh ini, saya telah mengumpulkan sebanyak 22 patung-patung ahli gusti seperti 'Undertaker', 'Carlito', 'Ric Flair', 'Kurt Angle' dan lain-lain lagi.
Selain daripada patung-patung ahli gusti, saya juga telah mengumpulkan beberapa jenis tali pinggang (championship belt). Saya juga telah mendapatkan sebuah gelanggang (wrestling ring) untuk patung-patung ahli gusti saya beraksi.
Walaupun permainan gusti ini dianggap ganas dan merbahaya, namun saya hanya menonton untuk hiburan sahaja. Untuk peringatan semua, perlawanan gusti ini hanya boleh ditonton tetapi tidak sesuai untuk diikuti.

Melukis


Saya gemar sekali melukis. Itu sebabnya saya bercita-cita untuk menjadi seorang jurubina apabila saya dewasa kelak. Pada waktu lapang, saya akan melukis lukisan kegemaran saya seperti watak kartun 'Batman', kereta idaman dan rumah impian saya.
Bukan itu sahaja, malahan setiap lukisan yang telah saya lukiskan akan saya simpan di dalam sebuah fail khas untuk dijadikan koleksi peribadi saya. Dengan melukis, saya dapat meluahkan apa yang terpendam di dalam lubuk hati kecil saya ini.
Saya berharap pada suatu hari nanti setiap lukisan saya akan menjadi suatu kenyataan.


Saturday, July 5, 2008

Membaca Buku Cerita


Anda di luar sana gemar membaca? Saya gemar sekali membaca buku-buku cerita. Saya suka membaca buku-buku cerita yang ditulis oleh seorang penulis yang terkenal iaitu Encik James Lee. Saya mempunyai 41 koleksi buku-buku yang ditulis olehnya. Tajuk buku itu ialah 'Mr Midnight'.
Saya gemar membaca buku ceritanya itu kerana jalan ceritanya yang sungguh menarik dan saya telah mendapat banyak faedah daripada buku cerita itu. Saya juga telah mempelajari banyak perkataan-perkataan yang baru di dalam buku tersebut.Bukan itu sahaja,bahkan saya juga mempunyai beberapa koleksi buku-buku bahasa melayu seperti 'Konspirasi Doktor', buku-buku lagenda dan lain-lain lagi.
Saya berharap dengan banyak membaca buku cerita, saya akan dapat menghalusi kedua-dua bahasa Ibunda dan bahasa Inggeris saya dengan lebih baik lagi.




Friday, July 4, 2008

Alat Permainan Elektronik




Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, pasti ramai anak-anak muda yang meminati alat permainan elektronik. Tidak terkecuali juga buat diri saya. Saya gemar sekali bermain dengan alat permainan elektronik. Alat permainan elektronik yang saya miliki dan menjadi koleksi kesayangan saya ialah PSP, X Box dan Gameboy.
Saya gemar sekali bermain dengan alat permainan elektronik itu kerana ianya boleh menguji kecergasan minda saya dan juga dapat mengurangkan tekanan 'stress' dalam diri saya. Walaupun saya hanya dibenarkan bermain selama dua jam sahaja pada hujung minggu, namun saya tetap bersyukur kerana dapat bermain dengan alat permainan elektronik kesayangan saya itu.
Namun, dihati kecil saya ini, masih menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah lagi alat permainan elektronik yang telah menjadi kegilaan ramai anak-anak muda pada masa kini iaitu alat permainan elektronik PS3.