Wednesday, July 9, 2008

Mengumpul 'Fridge Magnet'

Tahukah anda apa itu 'fridge magnet'? 'Fridge magnet' adalah sejenis besi berani yang dilekatkan di peti ais untuk dijadikan hiasan. Saya gemar mengumpul 'fridge magnet' kerana ia nampak menarik dan mempunyai berbagai-bagai corak. Saya mempunyai beberapa buah 'fridge magnet' yang telah saya kumpulkan untuk menghiasi peti ais saya itu.
Saya telah mendapatkan 'fridge magnet' tersebut ketika saya pergi melancong ke luar negeri dan untuk dijadikan sebagai tanda mata. Sejauh ini, saya telah dapat mengumpulkan beberapa buah 'fridge magnet' dari negara-negara yang berasingan seperti Singapura, Malaysia, Philipina, Thailand, Taiwan,Korea dan Australia.
Apabila teman-teman saya bercadang untuk pergi melancong ke destinasi yang belum pernah saya kunjungi, mereka akan membelikan saya beberapa 'fridge magnet' untuk dijadikan sebagai cenderahati. Saya akan berusaha mendapatkan 'fridge magnet' yang terbaru untuk menghiasi peti ais di rumah saya.

No comments: