Sunday, July 6, 2008

Melukis


Saya gemar sekali melukis. Itu sebabnya saya bercita-cita untuk menjadi seorang jurubina apabila saya dewasa kelak. Pada waktu lapang, saya akan melukis lukisan kegemaran saya seperti watak kartun 'Batman', kereta idaman dan rumah impian saya.
Bukan itu sahaja, malahan setiap lukisan yang telah saya lukiskan akan saya simpan di dalam sebuah fail khas untuk dijadikan koleksi peribadi saya. Dengan melukis, saya dapat meluahkan apa yang terpendam di dalam lubuk hati kecil saya ini.
Saya berharap pada suatu hari nanti setiap lukisan saya akan menjadi suatu kenyataan.


Saturday, July 5, 2008

Membaca Buku Cerita


Anda di luar sana gemar membaca? Saya gemar sekali membaca buku-buku cerita. Saya suka membaca buku-buku cerita yang ditulis oleh seorang penulis yang terkenal iaitu Encik James Lee. Saya mempunyai 41 koleksi buku-buku yang ditulis olehnya. Tajuk buku itu ialah 'Mr Midnight'.
Saya gemar membaca buku ceritanya itu kerana jalan ceritanya yang sungguh menarik dan saya telah mendapat banyak faedah daripada buku cerita itu. Saya juga telah mempelajari banyak perkataan-perkataan yang baru di dalam buku tersebut.Bukan itu sahaja,bahkan saya juga mempunyai beberapa koleksi buku-buku bahasa melayu seperti 'Konspirasi Doktor', buku-buku lagenda dan lain-lain lagi.
Saya berharap dengan banyak membaca buku cerita, saya akan dapat menghalusi kedua-dua bahasa Ibunda dan bahasa Inggeris saya dengan lebih baik lagi.




Friday, July 4, 2008

Alat Permainan Elektronik




Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, pasti ramai anak-anak muda yang meminati alat permainan elektronik. Tidak terkecuali juga buat diri saya. Saya gemar sekali bermain dengan alat permainan elektronik. Alat permainan elektronik yang saya miliki dan menjadi koleksi kesayangan saya ialah PSP, X Box dan Gameboy.
Saya gemar sekali bermain dengan alat permainan elektronik itu kerana ianya boleh menguji kecergasan minda saya dan juga dapat mengurangkan tekanan 'stress' dalam diri saya. Walaupun saya hanya dibenarkan bermain selama dua jam sahaja pada hujung minggu, namun saya tetap bersyukur kerana dapat bermain dengan alat permainan elektronik kesayangan saya itu.
Namun, dihati kecil saya ini, masih menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah lagi alat permainan elektronik yang telah menjadi kegilaan ramai anak-anak muda pada masa kini iaitu alat permainan elektronik PS3.